Like A Dream
D'Boss!

I want to be a better person for myself and my family, yes live is hard and also unique. I might not be perfect but i want to try to be one. Sometimes, i am a maniac myself. Truth, i am friendly. Talk to me anytime. Love comedy and i don't understand anything about love. Thanks.



Diary Myself Friendship Stuff



Contact me


Facts

No Matter How Difficult And Hard Something Is, I Will Alaways Be Positive And Smile Like An Idiot "Chanyeol"

Followers!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Owner & Edited Blog: EXO's Syazwani
Others:   

Kesan Pelukan Ibu bapa Kepada Anak

  
Anak umpama permata hati yang begitu disayangi. Biarpun terlalu sayangkan amanah yang diberikan itu, ada kalanya ibu bapa sukar menerima kesilapan yang dilakukan si kecil. Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik dan sempurna sedangkan anak kecil ini masih perlu banyak belajar daripada kesilapan dilakukan. 
Oleh itu, jangan cepat menghukum sebaliknya berilah sokongan dan teguran dengan cara yang betul jika anak melakukan kesilapan. Tanpa mengira usia, si kecil memerlukan pelukan kasih sayang daripada ayah dan ibu. Jika dilihat dengan mata kasar, memang tidak nampak kesannya, tapi hakikatnya ia memberi satu kuasa magis hebat dimiliki oleh ibu dan ayah.
 Percayalah, segala aura negatif, rasa kemarahan, emosi terganggu si ibu dan ayah juga boleh hilang apabila memeluk si comel kesayangan. Beberapa kesan pelukan ibu bapa kepada anak mereka ialah:

  • IQ ANAK LEBIH HEBAT
Pelukan ialah salah satu bentuk kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan. Berikan anak pelukan setiap hari. Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

  • MENINGKATKAN KASIH SAYANG
Apabila kita memeluk anak setiap hari terutama pelukan seorang ibu, anak tahu kita menyayangi mereka. Kasih sayang yang dicurahkan melalui pelukan akan terus bercambah.

  • MENGURANGKAN RASA TERTEKAN
Anak akan tahu kita sentiasa menjadi penyokong paling kuat. Anak akan sedar kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosinya akan terbela.

  • MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
Anak yang menerima pelukan ibu dan ayah akan lebih berkeyakinan dalam sebarang perkara yang ingin dilakukan.

  • MENINGKATKAN HORMON GEMBIRA
Sama seperti orang dewasa, pelukan kasih sayang mampu meningkatkan hormon gembra da;am diri anak. Anak yang gembira akan lebih mudah belajar dan seronok melalui pengalaman baru setiap hari serta kurang meragam.

  • MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI
Apabila anak tidak sihat, dia sangat perlukan pelukan kasih sayang daripada ibu dan ayah. Selain makan ubat, pelukan juga mampu menjadi ubat paling mujarab dengan izin Allah.

  • MERANSANG PERKEMBANGAN ANAK
Anak yang selalu dipeluk teruama bayi yang sedang melalui perkembangan pesat akan mudah belajar banyak perkara seperti cepat berjalan, bercakap dan bermacam kebolehan lain.

  • MENGAWAL EMOSI NEGATIF
Biasanya anak yang cukup kasih sayang dan selalu dipeluk akan kurang meragam dan mudah mendengar cakap. Mereka juga lebih positif dan bijak menyesuaikan diri mengikut situasi.

  • TENANG
Pelukan juga boleh membantu anak berasa tenang dan selamat. Ini sekali gus membantu si kecil mendapat tidur yang mencukupi selain kurang meragam.

Anak lebih hebat apabila dipeluk. Kuasa magis dimiliki ibu bapa perlu digunakan ketika zuriat membesar

Semoga info diatas membantu 😃 

Labels: